Selamat Datang Ke Blog Saya

Di sini anda akan disajikan dengan pelbagai cerita lucu dan kelakar dari serata dunia. Saya harap anda terhibur dengan cerita, gambar dan video yang telah saya postkan. Saya mohon maaf jika apa yang disajikan tidak menepati tahap lawak melampau seperti yang anda inginkan.Ada juga diantara cerita dan gambar dan video ini dipetik dari beberapa sumber dari internet, jika mempunyai persamaan harap mohon ampun dan maaf dipinta. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang cerita lawak yang ingin dikongsi, comment untuk mempertinggkatkan mutu dan kualiti blog ini jangan lah sega-segan untuk menkomen. Komen anda dapat membantu saya. Terima Kasih dari meja pengarang.

Monday, September 8, 2008

Jam yang boleh bercakap.

Ceritanya bermula begini.......

Pada suatu tengah malam yang dingin, terdapat seorang lelaki yang mabuk telah membawa dua orang kawannya. Beliau dengan bongkak dan angkuh telah menunjukkan apartmentnya kepada kawannya itu. Si mabuk ini telah mempelawa dua rakannya itu ke bilik tidur didalam apartmentnya itu. Dalam bilik si mabuk ni terdapat sebuah "gendang cina" yang besar.

"Adakah itu sebuah gendang" tanya salah sorang kawannya
"Itu bukan gendang daa.....itu sebuah jam ajaib, die boleh bercakap" balas si mabuk itu
"Jam ni boleh bercakap?? biar betoi?? tanya kawannya yang seorang lagi tu..
"Betoi....takkan aku nak tipu ko lak" jawab si mabuk
"Camne bende ni leh berfungsi??" tanya kawannya yang pertama tadi
"Camni...ko tengok je aku wat" cakap si mabuk lantas beliau mengambil sebatang kayu dan menyuruh rakannya berundur sedikit lalu memukul gendang cina itu dengan penuh semangat, khusyuk dan tawaduk. Rakannya bingung sebentar sambil memandang antara satu sama lain.

Tetibe je seseorang dari dinding sebelah menjerit "Bodoh, kau tau tak sekarang ni pukul 3.15 pagi"

No comments: