Selamat Datang Ke Blog Saya

Di sini anda akan disajikan dengan pelbagai cerita lucu dan kelakar dari serata dunia. Saya harap anda terhibur dengan cerita, gambar dan video yang telah saya postkan. Saya mohon maaf jika apa yang disajikan tidak menepati tahap lawak melampau seperti yang anda inginkan.Ada juga diantara cerita dan gambar dan video ini dipetik dari beberapa sumber dari internet, jika mempunyai persamaan harap mohon ampun dan maaf dipinta. Oleh itu, jika anda mempunyai sebarang cerita lawak yang ingin dikongsi, comment untuk mempertinggkatkan mutu dan kualiti blog ini jangan lah sega-segan untuk menkomen. Komen anda dapat membantu saya. Terima Kasih dari meja pengarang.

Tuesday, September 23, 2008

Sumpahan Angka 13

Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. "Cepat, itu suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan. "Loncatlah dari jendela!"

"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah si lelaki.

"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya. "Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!"

Video (Lawak Kucing)

Saturday, September 20, 2008

Gambar Lawak 4

Beruang Yang Pintar



Binatang Dalam Binatang


Kucing Pun Pandai

Lawak Musium

Suatu hari, Pak Meoun berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Semanian yang sedang bertugas lalu bertanya,

Semanian: ada apa pakcik?
Pak Meoun: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Semanian: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pak Meoun: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Semanian: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Video (Lawak Maskot)

Wednesday, September 17, 2008

Gambar Lawak 3

Ape dah jadi dengan sukan basketball



Cuba teka...ape yg tersepit kat bawah peha dia??

Asal Perkataan Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

(Sumber = web lain ^^ )

Tuesday, September 16, 2008

Kompilasi Lawak dalam Video

Gambar Lawak 2

Curang Depan Mata


Tengok mata dia, kecik2 dah pandai skodeng



Rambut alaf baru, xyah pakai topi lagi

Cerita Seram yg Menakutkan

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu
adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..

Monday, September 15, 2008

Sunday, September 14, 2008

Gambar Lawak




Tandas Terawal yg Digunakan di Dunia



Bagai Anjing dan Pemilik


Inilah Air bag keselamatan yang sebenar

Wasiat Nenek Sebelum Mati

Ada sorang perempuan tua, nama dia Nek Senah. Dia terlantar di hospital! kerana sakit jantung, … .

Keadaannya semakin hari semakin teruk. Nek Senah dah tak tau apa nak buat lagi. Jadi suatu hari tu dia panggil anak kawannya Chot untuk bacakan doa untuk Nek Senah. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nek Senah dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Meon memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nek Senah menulis dan memberikan kertas itu kepada Chot.

Chot menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nek Senah sebelum beliau meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nek Senah pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nek Senah, Chot pun datang ke rumah Meon, dengan memanggil semua sanak saudara Nek Senah, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk membaca wasiat dari nenek tersebut

Chot pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nek Senah, dan di akhir ucapan itu Chot mengajak Meon dan saudara-mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah… … … … .

“Chot,.....… . kau janganlah berdiri di atas wayar oksigen aku tu”

Isteri dan Mimpi




Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam
Honey bermimpi Abang menghadiahkan Honey set barang kemas berlian di hari Valentine
ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Honey?”.

“Honey pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab
suaminya sambil membisik manja.
Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..

Lawak Janda



“Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

“Mahukah saudara ditemani?” soal janda tersebut dengan nada yang manja.

“Kalau ada yang sudi, apa salahnya!” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

“Baguslah,” kata janda itu pula. “Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara…”"

Kentut yang xleh tahan

Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"


from :-bal_gap89

Monday, September 8, 2008

Gambar Kelakar mat saleh




Jam yang boleh bercakap.

Ceritanya bermula begini.......

Pada suatu tengah malam yang dingin, terdapat seorang lelaki yang mabuk telah membawa dua orang kawannya. Beliau dengan bongkak dan angkuh telah menunjukkan apartmentnya kepada kawannya itu. Si mabuk ini telah mempelawa dua rakannya itu ke bilik tidur didalam apartmentnya itu. Dalam bilik si mabuk ni terdapat sebuah "gendang cina" yang besar.

"Adakah itu sebuah gendang" tanya salah sorang kawannya
"Itu bukan gendang daa.....itu sebuah jam ajaib, die boleh bercakap" balas si mabuk itu
"Jam ni boleh bercakap?? biar betoi?? tanya kawannya yang seorang lagi tu..
"Betoi....takkan aku nak tipu ko lak" jawab si mabuk
"Camne bende ni leh berfungsi??" tanya kawannya yang pertama tadi
"Camni...ko tengok je aku wat" cakap si mabuk lantas beliau mengambil sebatang kayu dan menyuruh rakannya berundur sedikit lalu memukul gendang cina itu dengan penuh semangat, khusyuk dan tawaduk. Rakannya bingung sebentar sambil memandang antara satu sama lain.

Tetibe je seseorang dari dinding sebelah menjerit "Bodoh, kau tau tak sekarang ni pukul 3.15 pagi"

Cerita dan video lawak

Selamat datang ke blog saya dan terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya. haha.....Di sini anda akan "dihidangkan" dengan pelbagai video dan cerita yang kelakar. Kalau tak kelakar, minta maaf banyak-banyak. Saya dengan sedaya upaya saya akan cuba untuk menghiburkan pengunjung saya. Jika terdapat sebarang pandangan, jangan segan-segan untuk comment. Comment anda mungkin dapat membantu saya untuk meningkatkan kualiti blog ini. Terima Kasih rakyat Malaysia.